Friday 28 June 2013

Madu Sidr, facts that you need to know :)

Madu sidr yang dihasilkan di pergunungan Hadramawt, Yemen adalah kategori proses madu yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr atau nama saintifiknya monoflora. Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang sangat tinggi.  Khasiat Madu Sidr atau juga dikenali sebagai madu Yemen dikatakan yang terbaik di dunia kerana mempunyai nilai kualiti dan perubatan yang tinggi.
Madu sidr berkesan untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu As’sam (maut)”
( Hadis riwayat Abu Daud)
Pohon Sidr disebutkan tiga kali dalam Al Quran iaitu dalam Surah Saba ayat 16 yang diberitahu sebagai salah satu pohon yang tumbuh di bumi. Di dalam surah Al Waqia’h ayat 28, ia digambarkan sebagai pohon yang ada di dalam syurga. Di dalam surah An Najm ayat 14 pula, perkataan Sidr disebut dengan nama Sidratul Muntaha iaitu nama tempat paling atas di langit ke tujuh yang dikunjungi Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ dan Mi’raj.

Setiap bahagian pokok Sidr ini mempunyai khasiatnya tersendiri, iaitu:
Daun: Digunakan sebagai jamu, Syampu, mengubati kelemumur, kutu kepala, mata bengkak, untuk membersihkan tubuh boleh dicampur dengan air suam kerena mengandungi desinfektan dan minyak dari resin deodoran dan kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.
Abu kayu: Digunakan untuk mengubati gigitan ular.
Buah: Mempunyai kandungan tenaga yang sangat tinggi.
Biji: Kaya dengan protein.
Akar dan Batang kulit kayu: Digunakan sebagai jamu, ubat perut, hidangan pembuka dan ubat batuk.

Menurut Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organization of the United Nations), Madu Sidr dari Yemen berharga seratus kali lebih mahal daripada madu-madu lain di pasaran global kerana perbezaan kandungan, manfaat perubatan dan kandungan khasiatnya.

0 comments:

Post a Comment