Friday 28 June 2013

Awet muda, sihat, cergas...with amazing skin, hair & nails... Rahsianya!



Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”
Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda: Maksudnya: “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Di dalam entry before this, ada saya nyatakan mengenai keistimewaan Madu Sidr atau dikenali juga sebagai Madu Yemen/Bidara.  Selain daripadanya rasanya yang sememangnya enak, kelebihan madu ini (madu yang asli, bukan campuran/palsu) menyeluruh kepada ubat untuk segala penyakit kecuali kematian.  :)  Sekiranya diamalkan secara istiqomah, ia mampu membantu untuk setiap permasalahan dan pembaikan tisu-tisu di dalam tubuh kita.
Cara lain menggunakan madu :
1. Nutrien terbaik
Kandungan di dalam madu adalah anti oksidan, vitamin, mineral, bahkan air. Percaya atau tidak, madu boleh menjadi salah satu penolong ketika anda memerlukan nutrisi dan hidrasi.
2. Ubat terbaik
Madu  mampu mengubati secara semulajadi. Setiap titis madu mengandungi antibiotik yang mampu menangani infeksi dalam tubuh kita. Madu dan lemon adalah kombinasi tepat untuk menjadi benteng kesihatan, sekaligus mengubati kerongkong yang sedang sakit.
3. Solusi kulit berjerawat
Amalkan untuk dalaman dan luaran.  Makan sesudu kecil madu setiap hari sebelum sarapan, minum air sejuk dan segala toksin dalam badan akan keluar selepasnya.  Untuk luaran, ambil sedikit madu, sapukan ke telapak tangan, biarkan seketika sehingga tapak tangan terasa hangat, sapukan ke wajah kamu.  Biarkan seketika dan kemudian basuh dengan air suam.  
5. Madu Itu Melembutkan
Wanita perlu menjadi dan merasa cantik. Apabila anda merasa tangan, kaki atau rambut  kasar dan kusam, cuba lakukan perawatan dengan masker madu. Gunakan madu asli yang berkhasiat untuk melembutkan kembali seluruh tubuh anda. 


Interested?  Please SMS/email me...10 pembeli pertama akan mendapat harga istimewa.

Ini adalah Madu Sidr dari Yemen, it's original from Hadramawt.  Terdapat grade 1 & 2, dalam packaging 1/2 dan 1 kg... :)

0 comments:

Post a Comment